Pengedar Sah Shaklee

Pengedar Sah Shaklee

Saturday, December 15, 2012

Rawat Keputihan Dengan Alfalfa

Assalamualaikum...

Pernah alami situasi macamni????
> keluar lendir pekat, likat dan berbau busuk dari vagina
> vagina rasa gatal, pedih dan melecet
> aktiviti ketika bersama suami tidak menyeronokkan

Kalau ya, maknanya anda mengalami masalah keputihan.

Masalah keputihan seakan perkara biasa di kalangan wanita. Tetapi keputihan tidak boleh dibiarkan berlanjutan. Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali sebagai Leukorrhea atau Fluor Albus. Keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Keputihan ada 2 jenis iaitu yang normal dan abnormal (sudah menjadi penyakit).

Antara penyebab keputihan ialah rembesan hormon estrogen tidak seimbang. Keputihan abnormal juga boleh disebabkan oleh jangkitan kulat, bakteria atau virus pada vagina atau STD (Sex Transmitted Disease).

Jenis jangkitan :
~ Candida
~ Trichomonas Vaginalis
~ Chlamydia
~ Gonorrhea
~ Treponema Pallidum
~ Bendasing seperti benang/rambut

Tips untuk kesihatan vagina :
~ Jaga kebersihan. Pastikan kawasan vagina sentiasa kering
~ Jangan pakai seluar dalam ketat untuk membolehkan pengaliran udara di sekitar vagina
~ Jika memakai panty liner/pad, pastikan tukar sekerap mungkin
~ Setelah buang air, cuci bersih dengan air dari arah depan ke belakang
~ Amalkan mencuci tangan sebelum dan selepas ke tandas

pH normal bagi vagina ialah 3.8 hingga 4.5, sedikit ke arah asidik. pH melebihi 4.5 dianggap kurang asidik malah boleh dikira beralkali, manakala ph kurang daripada 3.8 dianggap sangat asidik.

Vagina normal mengandungi bakteria baik Lactobacilli yang berfungsi menentang jangkitan. Lactobacilli membantu vagina mengekalkan keasidan dengan menghasilkan asid laktik, menjadikan vagina tidak sesuai untuk koloni mikroorganisma lain. Vagina juga menhasilkan asid laktik sendiri untuk mengekalkan kelembapan dan mencegah kekeringan seterusnya menyebabkan kerengsaan.


Untuk membantu merawat masalah keputihan, disyorkan pengambilan konsisten Alfalfa setiap hari.
Kenapa???? Alfalfa mempunyai cici2 seperti kacip fatimah yang penting untuk memelihara kesihatan keintiman wanita.

Jom baca testimoni salah seorang pengguna Alfalfa Shaklee.




Jadi, wanita2 semua...tentu nak sihat luar dalam kannn....tentu nak suami lebih sayang kannn...Jangan tunggu lama2...Dapatkan sebotol Alfalfa Shaklee anda hari ini.

Tuesday, December 11, 2012

OMEGA GUARD

Assalamualaikum...

DHA ialah singkatan untuk DecosaHexaenoic Acid. Ia sejenis asid lemak Omega-3. DHA merupakan komponen utama dalam otak manusia, kulit, sperma dan retina mata. DHA boleh disintesis daripada alpha-linolenic acid atau diperolehi terus dari susu ibu ataupun dari minyak ikan. Ikan yang hidup di perairan sejuk adalah paling kaya kandungan DHA nya.

Siapa yang patut ambil DHA?
~ Wanita hamil
~ Wanita menyusukan anak
~ Pesakit jantung
~ Pesakit Alzheimer
~ Pesakit darah tinggi
~ Mereka yang mengalami ekzema atau psoriasis
~ Mereka yang sering alami masalah kekeringan pada mata

DHA sangat banyak terdapat dalam minyak ikan. Minyak ikan mengandungi DHA dan EPA (EicosaPentaenoic Acid). Minyak ikan diperolehi melalui tisu ikan berminyak. Tetapi bukan ikan itu sendiri yang menghasilkan DHA sebaliknya diperolehi apabila ikan tersebut memakan microalgae/plankton.

KENAPA WANITA HAMIL DAN MENYUSUKAN BAYI DIGALAKKAN MENGAMBIL SUPLEMEN MINYAK IKAN??

Wanita Hamil :
~ elak kecederaa/kecacatan otak bayi
~ penting untuk pembentukan sistem saraf bayi
~ kurangkan risiko alergi pada bayi dan penyakit kulit (ekzema) setelah dilahirkan
~ elak risiko kelahiran pra-matang
~ kurangkan risiko pre eklampsia pada ibu
~ elak kemurungan/meroyan selepas bersalin
~ memberi bayi perlindungan tambahan drp mudah terkena selsema setelah dilahirkan, dan jika terkena pun akan cepat sembuh

Wanita Menyusukan Bayi (terutama pada 4 bulan pertama)
~ membantu perkembangan awal bayi termasuk perkembangan sistem psiko motor dan sistem visual

Seperti yang kita sedia maklum, lambakan produk minyak ikan di pasaran memudahkan ibu2 membuat pilihan dan mendapatkan bekalan. Tapi AWAS...kebanyakan pengeluar tidak mengambil berat tentang pencemaran, kandungan logam berat dan tahap EPA & DHA yang tepat dalam produk mereka. Ikan boleh mengumpul toksin seperti merkuri, dioxin, PCB atau peroxidase (bila minyak ikan rosak). Jadi, adakah minyak ikan yang anda ambil sekarang dijamin selamat???

PERBEZAAN SHAKLEE OMEGA GUARD

~ Diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mekerel,herring, anchovies) di perairan negara Jepun.
~ Ia bukan dari minyak hati ikan (fish cord) malah adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan fish cord.
~ Minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan byk lagi.
~ Satu sajian Omega Guard membekalkan 950 mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.
~ Menggunakan kaedah ultra tulen bergred farmaseutikal teknologi terkini :
* dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul utk mengekstrak asid lemakk Omega-3 yang paling tulen & paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioxin dan PCB.

Manfaat Utama :

1) Membantu rembesan prostaglandin dgn lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly
2) Mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, memberikan kulit licin kemera-merahan.
3) Mencegah penyakit saluran darah dan strok
4) Membantu tumbesaran dan pertumbuhan otak janin dan membantu perkembangan memori
5) Meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migrain.
6) Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan peparu.
7) Memelihara fungsi2 sendi. baca lebih lanjut kat SINI
8) mencegah insomnia dan membantu menguragkan tekanan

*****************************************************************************
Setiap kapsul mengandungi :

330mg OMEGA-3 EFA
180mg EPA
120mg DHA

*****************************************************************************

Jom dapatkan Omega Guard untuk anda dan anak anda hari ini. 

Thursday, December 6, 2012

Kebaikan Alfalfa Shaklee

Assalamualaikum...

Sebagai seorang wanita yang amat mementingkan kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman, pelbagai cara dilakukan malah pelbagai produk kecantikan pasti menjadi teman baik wanita. Tak kira betapa mahal sekali pun, tapi sebab nak cantik, harga tidak menjadi persoalan.

Tahukan anda sejenis tumbuhan yang digelar sebagai Raja Segala Tumbuhan? Itulah Alfalfa (Medicago Sativa), sejenis tumbuhan herba yang sangat kaya dengan nutrisi. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang menjulur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah. Daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses sintesis semulajadi. Alfalfa kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.


Manfaat Utama :

~ Mencuci hati, darah dan usus
Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

~ Melawan Alahan
Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.

~ Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

~ Menyingkirkan lemak dan kolesterol
Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja yang mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

~ Juga popular di kalangan ibu menyusukan kerana fungsinya sebagai galactogue/milk booster.

~ Memiliki ciri2 seperti kacip fatimah yang mampu merapatkan keintiman wanita dan bertindak merawat keputihan.

~ Melawan tumor

~ Melegakan keletihan

~ Mencegah/merawat arthritis


Perbezaan Shaklee

1) Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an.

2) Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) yang ditanam secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbisid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia.

3) Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa.

4) Daun Alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun yang matang kaya dengan klorofil. Daun2 ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Daun2 yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet.
* Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti.

5) Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


Setiap tablet mengandungi 300mg Alfalfa.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap Systemic Lupus Eritematosus (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. 

Cadangan Penyediaan/pengambilan :
Boleh dimakan terus atau larutkan di dalam air, campurkan madu dan jus buahan untuk rasa lebih enak.
Maksimum ialah 10 tablet sehari.


Tuesday, December 4, 2012

GLA Complex- Gamma Linolenic Acid

As salam...

Shaklee ada menjual EPO tetapi fungsinya lebih menyeluruh dari EPO. Ia dipanggil GLA Complex (Gamma-Linolenic Acid).

Apa itu GLA?
GLA merupakan asid lemak perlu Omega-6 yang banyak didapati dalam minyak sayuran. GLA tidak boleh dihasilkan dalam badan, jadi ia perlu diambil dari makanan. Badan akan memproses linolenic acid dan menukar kepada Gamma Linolenic Acid. Antara sumber yang kaya dengan GLA ialah borage oil, evening primrose oil, hempseed oil. GLA juga boleh diperolehi dalam oat, barli atau spirulina.

GLA merupakan  bahan binaan bagi prostaglandin. Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Penting untuk fungsi kimia dalam badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah di samping mengurangkan tekanan darah.

Faedah pengambilan GLA :
~ membantu mengurangkan keradangan yang biasa dialami dalam sindrom pra haid (PMS)
~ membantu merawat arthritis
~ mengurangkan ekzema, memperbaiki inflamasi kulit
~ mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis
~ membantu membaiki kadar insulin (pesakit diabetes) dan kolesterol (menyingkirkan lebihan berat badan)
~ memperbaiki tekstur rambut
~ melambatkan menopaus
~ memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing
~ memperbaiki keadaan kanak2 berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hyperaktif
~ menentang kanser

Siapa yang perlukan GLA?
~ wanita yang kerap alami PMS
~ penghidap arthritis, ekzema, pesakit diabetes
~ mereka yang nak turunkan berat badan

Perbezaan Shaklee

GLA Complex bukan sekadar mengandungi Gamma Linolenic Acid, malah ia juga dilengkapi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan cara mengekalkan integriti sel.

Tiada perasa, pemanis atau pengawet tambahan.


Close up label GLA - lihat kandungan GLA mengandungi Vitamin E

GLA Complex dari Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA berbanding EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

BORAGE SEED --->  17% - 25%
BLACKCURRANT --->  15% - 20%
EPO ---> 7% - 10%

Setiap kapsul mengandungi 300 mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak bunga matahari dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailibilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Gla bukan sahaja untuk wanita.
Ramai orang bersalahanggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya, GLA juga sangat penting untuk kanak2 (potong gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa, dan juga selepas menopaus dan andropaus (lelaki).

Sunday, December 2, 2012

Nutrien Untuk Sendi Yang Sihat

Assalamualaikum...

Entri sebelum ni saya lebih fokus kepada produk JHT. Jadi, untuk entri kali ni saya akan bercerita pula ttg sendi pada badan kita. Jadi terpulang kepada anda nanti untuk menilai kebaikan dan kelebihan JHT dalam merawat masalah atau penyakit sendi yang acapkali dihadapi.

Sendi ialah tempat dimana 2 atau lebih tulang bertemu. Ia dibina untuk memudahkan pergerakan dan menyediakan  sokongan mekanikal.


Penyakit sendi lebih dikenali sebagai arthropathy, tetapi apabila ia melibatkan keradangan satu atau lebih sendi, penyakit itu dipanggil arthritis. Arthritis yang paling biasa berlaku ialah osteoarthritis. Ianya terjadi akibat drp kecederaan sendi, jangkitan pada sendi atau atas faktor penuaan.

Tips Mengekalkan Kesihatan Sendi

1) Kerap menggerakkan sendi2 terutama apabila sedang membaca, menonton tv, menggunakan komputer. Jika sedang melakukan kerja, selalu tukar2 posisi atau bangun dan bergerak.
* Exercise akan meningkatkan kekuatan otot dan kelenturan sendi. Secara tak langsung ini meningkatkan kestabilan badan anda.

2) Pakai pelindung lutut/siku jika berhasrat untuk melakukan senaman seperti berjoging atau berbasikal.

3) Kurangkan berat badan. Bebanan yang meningkat secara tak langsung akan meningkatkan risiko keretakan tulang rawan.

4) Makan ikan kerana ikan mengandungi Omega 3-fatty acids yang berfungsi mengekalkan kesihatan sendi dan mengurangkan keradangan.

5) Minum susu untuk tulang kuat. Tulang yang kuat mengurangkan risiko anda terjatuh seterusnya terseliuh.

6) Amalkan postur badan yang baik pada setiap aktiviti yang anda lakukan. Postur yang tepat melindungi dari sendi leher hingga sendi lutut.

7) Berhati-hati ketika mengangkat barang berat.




Kesemua nutrien yang dicadangkan diatas ada terkandung dalam Shaklee joint Health Tablet. Jadi memang sangat berbaloi untuk anda memberikan JHT ini kepada kedua ibu bapa sebagai tanda kasih sayang anda yang sentiasa ingin mereka sihat dan bebas bergerak seperti orang lain.


Wednesday, November 28, 2012

Advanced Joint Health Tablet

Assalamualaikum...

Shaklee Advanced Joint Health Tablet atau JHT mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dgn paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrien penting lain termasuk zinc, tembaga, mangan dan vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan.

Campuran formula saintifik ini juga mengandungi ekstrak jagung yang membekalkan satu sumber glukosamina yang pekat dalam campuran yang akan memanfaatkan kesihatan sendi dgn berikut :

~ menyokong keselesaan sendi
~ membantu mengekalkan tulang rawan
~ memelihara tisu penyambung yang sihat

Tidak dinafikan, banyak produk untuk sakit sendi di pasaran. Tetapi, apakah yang membezakan JHT dengan produk lain di luar sana yg boleh dijadikan alasan untuk anda terus memilih JHT???

The Shaklee Difference 

  • 100% berasaskan sayur-sayuran
  • tidak mempunyai perasa tiruan, pemanis atau pengawetan
  • bebas gluten
  • tiada kondroitin bagi penyerapan ekstrak jagung yang lebih baik
          * penyelidikan baru2 ini menunjukkan yang sulfat kondroitin boleh mengganggu penyerapan ekstrak  
             jagung dan glukosamina
  • ekstrak proprietari Boswellia yang digunakan bukan sahaja yang mengandungi asid Boswellia AKBA yang pekatbg menyokong keselesaan sendi, tetapi juga mengandungi bahan semulajadi lain drp resin Boswellia yg mempunyai bioaktiviti yang lebih baik bila bergabung berbanding AKBA sahaja.

JHT menyokong kesihatan sendi dalam 3 cara :

1) Meningkatkan keselesaan sendi
    Ekstrak Boswellia ialah agen anti radang semulajadi yang menghalang bahan kimia daripada menyerang 
    tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi

2) Meningkatkan kesan kusyen
    Ekstrak jagung (glukosamina) merupakan komponen penting dalam pembinaan blok utama tulang rawan 
    dan bendalir sinovial. Ia membekalkan pelincir dan kusyen antara sendi2.

3) Memelihara kesihatan tisu penyambung
    Vitamin C, Zinc, Tembaga dan Mangan merupakan komponen nutrien yg penting dalam kesihatan sendi.
    ~ Vitamin C - nutrien penting dalam sintesis kolagen
    ~ Zinc, Tembaga dan Mangan - ko faktor bagi enzim yg membina kolagen & glikosaminoglikan 
       (komponen tisu penyambung)

Melalui ujian klinikal Shaklee, JHT boleh menampakkan kesan positif dalam masa 5 hari...Best kan...Jadi apa tunggu lagi...Bagi anda yang mengalami masalah sakit lutut, jom dapatkannya hari ini. Atau hadiahkan kepada kedua orang tua anda sebagai tanda kasih sayang anda yang ingin melihat mereka selalu ceria menjalani aktiviti harian tanpa perlu membataskan pergerakan.


Sunday, November 25, 2012

Healing Crisis atau Krisis Pemulihan

Assalamualaikum...

Seperti yg saya janjikan pada entri yg lepas, saya akan terangkan sebab2 kenapa saya alami healing crisis selepas beberapa hari minum Collagen Powder.

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil suplemen dietary. Simptom2 ini nampak macam penyakit, tp sebenarnya bukan. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan. Bila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen yg diambil, krisis pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit2 yg pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yg lemah akan mengambil masa yg lebih lama utk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yg telah tertimbun di dalam tubuh utk jangkamasa yg lama - sisa2 makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dgn diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Suplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ2.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yg keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain2. Simptom2 ini berbeza antara individu dan akan berlarutan 1-2 minggu.

Di waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, dinasihatkan untuk minum banyak air bersih, rehat secukupnya dan makan lebih sayuran serta buahan. Selagi  mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

Bayangkan analogi ini.

Anda mempunyai sebuah rumah. Setiap tahun anda akan mengecat dinding ruang tamu dengan warna yg  berlainan demi untuk memadankan dengan warna langsir atau sofa. Setiap tahun selama 20 tahun anda menyapu cat diatas cat pada dinding rumah. Kemudian, anda dapati pada lapisan ke 20 tersebut, cat tersebut dah tak berapa cantik dan kemas oleh kerana dinding dah jadi terlalu tebal dgn cat dulu2. Anda amek keputusan untuk tanggalkan lapisan2 cat lama sebelum mengecat dengan yang baru. Selepas dibersihkan dan dicat semula barulah dinding nampak lebih kemas.

Macam tu jugalah dgn tubuh manusia. Daripada hari kita pandai makan sampailah umur dah cecah 30 - 40 tahun, dah berapa banyak lemak, minyak, toksin malah bakteria, virus yg dah kita makan. Semasa proses detoksifikasi inilah, maka semuanya akan di flush keluar oleh sistem badan. Oleh kerana semua bahan2 tersebut dah bertapak lama dalam badan, so bila dikeluarkan ia seakan satu kejutan yg menyebabkan badan memberi tindakbalas seperti letih lesu, pening, dan sebagainya.

Jadi tak perlu risaulah sekiranya anda alami perkara yg sama. Saya ada beberapa senarai healing crisis  bersama penerangan ringkas yg saya perolehi dari upline saya. Bila ada kesempatan, saya akan upload di sini....




Saturday, November 24, 2012

Testimoni Menarik Lepas Makan Collagen Powder

Assalamualaikum....

Hari ni dah 20 hari saya amalkan Shaklee Collagen Powder. Pada mulanya berkira-kira juga nak try. Almaklum harganya pun boleh tahan. Tapi bila tgk ramai rakan2 lain dah cuba dengan hasil yang WOWWWW...!!!! saya pun tak teragak-agak lah nak cuba.



Masa awal2 pengambilan tu saya takde rasa apa2 perubahan sangat. tapi lepas dalam 5-6 hari saya dah mula rasa healing crisisnya. Ada banyak gak lah yang saya perasan :

~ Rambut gugur
~ Badan rasa lesu
~ Sakit kepala

Untuk setiap healing crisis ni ada sebab2 tertentu kenapa kita akan alaminya. Untuk next post saya akan huraikan satu persatu. Kesimpulannya, badan saya sedang memberi tindakbalas untuk mengeluarkan dan membuang toksin. Selain tu badan saya selama ni sangat berasid. Bukan macam asid kat makmal kimia yang boleh menghakis tu ye...

Hari ini dah 20 hari saya makan Collagen Powder. Untuk dapatkan hasil yang optimum kena tunggu 8 minggu, ini dibuktikan melalui ujian klinikal Shaklee sendiri. Tapi kat sini saya teruja nak letak testimoni kawan2 yang dah mencuba dan mendapat hasil yang superb dari pengambilan Collagen Powder Shaklee ni....

************************************************************************
                        

*********************************************************************************


So, rasa teruja tak nak try????? Shaklee Collagen Powder ni memang boleh dipercayai. Ianya selamat, semulajadi dan mesra alam. Kalau nengokkan harga memang lah humangaihh...tp berbaloi lah dengan kesannya kannnn...Sesiapa yang berminat nak try bolehlah contact saya di 019-3532745





Friday, November 23, 2012

Nutrien Untuk Kesihatan Rambut

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan, saya akan huraikan fungsi nutrien2 yang sangat penting yang diperlukan untuk kesihatan rambut bagi megelakkan rambut gugur.

1) ZINC

~ mengandungi ciri2 antioksidan yang penting untuk  mencegah keguguran rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut (melambatkan penuaan kulit dan otot)
~ membantu sintesis protein yg merupakan bahan utama dalam rambut
~ menggalakkan pembentukan semula sel
~ menyihatkan kelenjar minyak pada folikel rambut, jadi mengurangkan kadar keguguran rambut
~ membantu merangsang tindakbalas  >100 jenis enzim dalam badan, menjadikan zinc mempunyai kepentingan kpd hampir seluruh fungsi badan termasuklah berkaitan kesihatan rambut
~ membantu penyerapan vitamin cthnya antioksidan bg mencegah keguguran rambut

Zink boleh diperolehi dari sumber makanan seperi ikan salmon, kekacang, produk soya, bijirin diperkaya, tiram, buah gajus dan rumpai laut. Tetapi hanya 30% sahaja daripada sumber ini diserap oleh badan. Bagaimana nak lengkapkan keperluan harian? Dos harian yang dicadangkan ialah 11 mg, sedangkan dos untuk merawat rambut gugur ialah 60mg. Cara terbaik untuk mendapat dos yang tepat ialah melalui pengambilan suplemen zinc.

Shaklee Zinc Complex dirumus dengan zinc gluconate yg mempunyai bio yg tinggi di dalam bes alfalfa dan barli panggang serta sayur-sayuran. Setiap tablet mengandungi 15mg zinc gluconate dan 115mg calcium phosphate.

2) PROTEIN

~ merupakan nutrien utama untuk sel2 badan manusia yang mana sel2 pula bergabung membentuk tisu2, tisu2 pula bergabung membentuk organ sbg contoh rambut
~ merupakan bahan utama dalam rambut yang dikenali sebagai keratin
~ penting untuk proses pertumbuhan sel rambut yang sihat
~ membantu membina dan memperbaiki tisu2 badan
~ sumber makanan termasuklah ikan, ayam, daging
ESP Shaklee adalah sumber protein yg terbaik
3) VITAMIN A
~ membantu melegakan dan menyegarkan kelenjar sebum pada kulit kepala
~ melawan radikal bebas yg merupakan antara penyebab utama keguguran rambut
~ menguatkan dan menebalkan rambut
~ makanan kaya Vitamin A ialah lobak, rumpai laut, epal, strawberi, minyak sawit, ubi kentang dan brokoli


Di Shaklee, Vitamin A kami dikenali sebagai Carotomax

4) VITAMIN B-COMPLEX
~ membantu dalam sintesis DNA dan sel2 baru yang mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih cepat
~ memperlahankan penuaan rambut
~ membuatkan rambut lebih bersinar
~ pastikan B Complex tersebut mengandungi Folic Acid yg bertindak untuk melembapkan rambut, supaya rambut tidak kering, rapuh lalu mudah putus 
~ sumber makanan mengandungi Vitamin B ialah roti gandum, bijirin
B Complex Shaklee lengkap dengan 8 komponen penting Vitamin B termasuk Folic Acid


5) VITAMIN E
~ antioksidan yg melawan radikal bebas akibat pencemaran 
~ melancarkan peredaran darah pada kulit kepala menjadikan kulit kepala sihat, seterusnya pertumbuhan rambut lebih baik
~ sumber makanan kaya Vitamin E termasuk kekacang, bayam, badam dan tomato
Vitamin E Shaklee lengkap dengan Selenium untuk membantu tubuh menyerap Vitamin E dgn lebih baik


Tak lengkap rasanya kecantikan seorang wanita tanpa rambut yg sihat. Jika anda tidak pasti untuk mendapatkan nutrien seperti di atas dalam diet harian, anda boleh dapatkan dalam bentuk suplemen yg lebih mudah, dan paling penting ia selamat dan semulajadi.




Thursday, November 22, 2012

Tips Atasi Rambut Gugur

Assalamualaikum...

Keguguran rambut bukanlah masalah yang serius sebenarnya sebab rambut kita memang akan gugur setiap hari. Anggaran helai rambut yang gugur ialah lebih kurang 100 helai sehari. Rambut yg gugur ni kerana mengikut kitaran hidup pertumbuhan folikel rambut tersebut.

1) Fasa Pertumbuhan Aktif ( Fasa Anagen ) - tempoh yang paling panjang
2) Fasa Peralihan ( Fasa Catogen ) - tempoh yang pendek
3) Fasa Rehat - ( Telogen ) - tempoh yang pendek
4) Fasa Rambut Gugur ( Exogen ) - Berlaku di penghujung Fasa Rehat. Rambut baru akan tumbuh dalam folikel untuk memulakan kitaran baru.


** Gangguan pada Fasa Anagen menyebabkan rambut mudah gugur.



Faktor2 Keguguran Rambut

1) Wanita lepas bersalin

Semasa hamil, perubahan hormon estrogen menyebabkan rambut berada pada Fasa Anagen lebih lama berbanding biasa. Jadi rambut yang ada kekal lama dan kadar keguguran berkurang dari sepatutnya sebab rambut tidak menuju ke Fasa Telogen.
 
Lepas bersalin, kitaran hormon kembali seperti sediakala (biasanya 3 bulan lepas bersalin). Pada waktu ini, rambut yang lama berada di Fasa Anagen memasuki Fasa Telogen. Sebab itulah wanita lepas bersalin akan mendapati rambut yang gugur sangat banyak dan menakutkan. Ia akan kembali normal selepas tempoh 6 bulan.

2) Diet tak seimbang

Rambut terdiri daripada protein yang dipanggil keratin. Keratin adalah lapisan paling luar rambut, kuku dan kulit. 

Nutrien yang penting untuk pertumbuhan rambut sihat :
~ Protein - bahan utama keratin
~ Zinc - regenerasi sel, membaikpulih tisu rosak
~ Selenium - bergabung dgn zinc membantu tubuh menggunakan protein dan hormon untuk mengeluarkan lebih banyak rambut.
~ Vitamin A, C, E & B6 - menggalakkan pertumbuhan semula rambut
** KLIK SINI untuk membaca khasiat yang diperolehi untuk setiap nutrien di atas


3) Hormon tak seimbang

4) Kesan ubat-ubatan seperti pil perancang, ubat mengawal kolesterol, ubat darah tinggi

5) Pencemaran terhadap udara yang kotor dan terik matahari

6) Penggunaan syampu yang tinggi bahan kimia

7) Stress

8) Terlalu kerap blow dry, perming, flat ironing
 Ini akan melemahkan rambut dan menyebabkan rambut jadi rapuh, mudah reput. 

Petua Semulajadi Elak Rambut Gugur 

1) Rawatan Minyak
~ Gunakan minyak zaitun atau minyak kelapa. Panaskan atas api hingga suam2. Urut kulit kepala menggunakan minyak tersebut. Pakai shower cap dan biar selama sejam. Kemudian syampu rambut.

2) Jus semulajadi
~ Gosok kulit kepala dgn jus bawang putih, bawang merah atau halia. Biar semalaman. Basuh bersih keesokan harinya.

3) Urutan kepala
~ Lakukan urutan pada kepala selama beberapa minit setiap hari. Ini membantu merangsang peredaran darah pada kulit kepala seterusnya mengaktifkan folikel rambut. Sebaiknya gunakan minyak aromaterapi seperti Lavender.

4) Antioksidan
~ Bancuh 2 sacet green tea dalam cawan. Biar suam dan sapu pada kulit kepala. Biar 1 jam kemudian bilas. Green tea mengandungi antioksidan mencegah keguguran rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

5) Kurangkan stress

Diharapkan, maklumat di atas dapat melegakan sedikit perasaan risau mereka yang keguguran rambut. Untuk entri berikutnya saya akan kongsi tentang fungsi setiap nutrien yang diperlukan untuk kesihatan rambut.





Wednesday, November 21, 2012

Faedah minum Energizing Soy Protein (ESP)

Assalamualaikum...

ESP atau nama penuhnya Energizing Soy Protein adalah protein yang diperolehi dari soya yg berkualiti tinggi. Protein mmg la boleh kita dapat dari makanan harian spt ikan, ayam, daging, kekacang, telur dan lain2. Tapi, protein ni plak sangat mudah termusnah bila berada pada suhu masakan yg tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita cuma menyerap saki baki protein yg ada tertinggal sahaja dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan spt ikan goreng, ayam goreng atau apa je masakan terutama yg bergoreng.

Kenapa protein ni penting?
Sebabnya...protein ialah makanan kepada sel dalam badan kita. Jika sel mendapat cukup protein, pastu proteinnya bagus plak tu, jadinya sel yang terhasil tentulah sel yg sihat walafiat. Seterusnya sel yg sihat ni lah yg akan menggantikan sel2 lama yg rosak atau mati.

Selain tu protein sgt penting utk pertumbuhan. Susu ibu mengandungi sebahagian besar protein. Ibu yg amalkan makanan seimbang, lengkap dgn protein dan zat diperlukan akan mendapati anaknya membesar dgn sihat dan perkembangannya sgt hebat. Begitu juga dengan ibu yg hamil. Pengambilan protein mencukupi, akan memastikan janin menerima asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan ototnya.

Selain untuk sel, protein penting dalam memperbaharui hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit yg sihat.

Risiko Kekurangan Protein
1. Anemia ( kurang darah menyebabkan kurang oksigen dalam darah)
2. Penyakit buah pinggang
3. Penyakit hati
4. Tahap kolesterol tinggi dalam darah
5. Tekanan darah rendah
6. Kandungan gula dalam darah rendah
7. Fungsi saraf tak stabil
8. Ulser perut + usus
9. Luka lambat sembuh
10. Pengaliran darah yang tidak lancar
11. Penglihatan kurang baik
12. Badan menggeletar
13. Letih lesu, lemah
14. Tinggi kandungan air dalam tisu bdn
15. Terencat akal
16. Ketahanan badan terhadap jangkitan menjadi rendah

Perbezaan Shaklee

Shaklee merupakan syarikat pertama yg mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Hakikatnya pengasingan protein yg pertama dicipta oleh Dr Shaklee pd awal 70-an. Di mana, kini byk ujian klinikaltelah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yg unggul.

ESP diiktiraf diseluruh dunia dgn mempunyai kajian klinikal yg sgt ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yg tinggi yg pernah dihasilkan.

Ciri2 utama ESP Shaklee yang tiada pada produk soya lain ialah :

1. Kacang soya yg digunakan hanya mengandungi "non-GMO" (non Genetically Modified Organism) yg mana ia diproses pada kadar suhu yg rendah. Shaklee menggunakan pensijilan tersendiri yg dikenali "Identify Preserved program" (IPP). Program ini memastikan kacang soya Shaklee bebas drp pendedahan perubahan genetik. Drp benih sehingga penyimpanannya, anda boleh mempercayai komitmen Shaklee dlm penggunaan ramuan2 yg semulajadi dan berkualiti.

** soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan

2. 1 canister ESP (850gram) dihasilkan drp 30kg kacang soya.

3. ESP adalah satu-satunya produk dalam pasaran yg menjamin penyediaan 9 asid amino penting yg tak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

4. Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yg rendah iaitu 39, mejadikan ia sangat sesuai kpd penghidap kencing manis. Indeks Glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dlm darah. Karbohidrat yg memecah dgn cepat mempunyai G.I yg tinggi, manakala karbohidrat dgn G.I yg rendah pula memecahkan gula dgn perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem bdn anda.Mengekalkan paras gula dlm darah yg rendah amatlah penting dlm pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

* G.I rendah - 55 dan ke bawah
* G.I sederhana - 56 ke 69
* G.I tinggi - 70 dan ke atas

5. Dicuci dengan air dan bukan alkohol (spt yg dilakukan oleh sesetengah pengeluar). Cucian menggunakan air penting utk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yg kritikal demi membekalkan anda dgn keseluruhan manfaat soya. Protein yg diproses dgn alkohol menghilangkan isoflavon yg bermanfaat , malah membentuk kontaminasi bersilang dgn bhn2 kimia yg digunakan semasa pemprosesan.

6. Ditambah dengan kalsium. Kenapa?
Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yg demikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium.

7.  Kacang soya yg digunakan tumbuh membesar secara organic
Kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.

8.  Bahan anti-thyroid/anti-growth substance sudah disingkirkan
 Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan thyroid dan groth substance ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.

 Gambar2 di atas adalah close up pada label ESP Shaklee.

Jadi, inilah ciri2 ESP yang terbaik, dan boleh dijadikan panduan semasa anda memilih apa2 produk untuk mengambil protein soya. Pastikan kesemua ciri2 di atas ada untuk memastikan hasil yang diperolehi memberansangkan disamping selamat untuk tubuh anda sendiri.

JOM dapatkan hari ini. Harga yang anda bayar sangat berbaloi dengan kebaikan yang akan anda perolehi...



Tuesday, November 20, 2012

Sustained Release Vitamin C 500mg

Assalamualaikum...

Kalau sebelum ni saya ada ceritakan ttg kebaikan Shaklee Collagen Powder, harini saya nak ceritakan pulak ttg Sustained Release Vitamin C 500mg yang juga sangat sinonim dengan kecantikan kulit.

credit info to GenkiMomma.Net

(1) Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu

(2) Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tue dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.

Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berapa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.

(3) Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk periksa label di botol vitamin pilihan anda kerana kebanyakan time-release vitamins hanya boleh bertahan di dalam masa 2 jam atau kurang. Maka, hampir TIADA BEZA sangat berbanding dengan tablet biasa yang pastinya jauh lebih murah berbanding vitamin yang bersifat sustained release.






Vitamin C Shaklee adalah yang menepati keperluan tubuh anda. Dan seperti produk Shaklee yg lain, Vitamin C juga tidak mengandungi pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. It is always natural.




Fungsi Vitamin C Kepada Tubuh

Assalamualaikum...

Sejak akhir2 ini, sangat ramai yg memperkatakan ttg Vitamin C terutama dalam hal kecantikan kulit. Para pengedar produk kecantikan juga berlumba-lumba mengiklankan jualan mereka. Bagi produk Shaklee pula, Sustained Release Vitamin C 500mg mmg antara yg paling laris sampaikan beberapa kali kehabisan stok seluruh negara.

Apa yang best sangat dengan Vitamin C ni sampai berlumba-lumba sakan pengguna beli. Kat bawah ni saya ada ceritakan sikit...

Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Macamana tu? Jom kita teliliti one by one, fungsi nya :

~ Membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yg menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yg terlibat dlm pembinaan tulang, gigi, sendi, otot, dan kulit. Si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yg kuat. Entri ttg kepentingan kolagen boleh baca kat sini.

~ Menjaga salur darah agar tak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisme kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yg penting dlm proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yg menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil Vitamin C bg mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

~ Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat spt plumbum, raksa, arsenik dan lain2 toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggan dan dapat disingkirkan dgn lebih mudah. Perokok sangat perlu mengambil Vitamin C kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang drp mengalami kerosakan yg teruk.

~ Berperanan dlm pengeluaran hormon anti stress dan interferon (hormon fungsi imun). Menurut Dr Bruce Miller, " the more you stress, the more you need Vitamin C". Stress boleh memusnahkan Vitamin C dan kekurangan Vitamin C menyebabkan sistem keimunan tubuh lemah dan mudah diserang penyakit.

~ Penyakit Skurvi adalah akibat kekurangan Vitamin C. Sesiapa yg mengalami pendarahan dlm bdn, lebam2, gusi mudah berdarah, gigi senang tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dlm otot dan sendi adalah tanda-tanda kekurangan Vitamin C. Jelas sekali Vitamin C bertindak umpama gam yg melekatkan sel2 lalu mejadikan tisu2 dlm badan tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yg sedang sakit adalah disarankan  mengambil Vitamin C pada dos yg lebih tinggi utk mempercepatkan proses penyembuhan.

~ Membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yg sangat penting utk pembentukan hemoglobin yg membawa oksigen dalam darah. Sebab itu Vitamin C sangat diperlukan oleh ibu hamil, ibu lepas bersalin dan mereka yang kehilangan bayak darah akibat kemalangan.

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayuran 5 kali sehari. Namun kekangan masa, gaya hidup dan pemakanan serta tekanan masa kini menyebabkan keperluan Vitamin C sukar dipenuhi. Dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu menyamai 7 setengah biji oren. Siapa yg mampu makan tak jadi masalah, tp bg yg tak mampu nak telan oren sebanyak itu sehari bolehlah mendapatkan tablet Shaklee Sustained Release Vitamin C 500mg. Tambahan pula Vitamin C sangat fragile. Ia mudah rosak akibat pengambilan kafein, bila kita terdedah pada panas, bila kita rasa tertekan dan bila banyak minum air. Kalau ia tidak diganti semula, makin hari Vitamin C yg ada dalam badan hanya pada takat minima je. Paling teruk bila badan tak mampu bertahan dari serangan penyakit terutama demam dan selsema.

So, Vitamin C ni mmg sangat2 penting dalam kehidupan manusia. Saya memang amalkan 1 tablet sehari selepas breakfast untuk memenuhi keperluan harian. Jom kawan2 yg nak sihat, dapatkan Vitamin C hari ini...

 


Saturday, November 17, 2012

Kenali Kolagen. Ketahui Sebab & Kesan Kehilangan Kolagen

Assalamualikum...

Beberapa bulan lepas, Shaklee telah melancarkan 2 produk terbarunya iaitu Collagen Powder dan Advanced Joint Health Tablet. Untuk kali ni, saya nak kongsi tentang kolagen dulu.

By the way, apa kolagen ni sebenarnya ye? Kalau kita tengok dalam pasaran kecantikan sekarang ni, bermacam2 jenis produk kolagen dijual. Daripada untuk dimakan, diminum termasuk untuk disuntik.

"Kolagen sebenarnya ialah tisu penyambung yg membantu dlm mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, tulang, tendon, mata, gusi dan saluran darah. Lebih kurang 72% drp kulit kita terdiri drp kolagen. 80% drp tulang adalah kolagen. Kolagen penting untuk melindungi organ, perut, hati, jantung, paru2, saluran darah, sel otak dan banyak lagi."

So, penting yang amat kolagen ni kan...Macamana kalau kita kekurangan kolagen plak?

>> Garis2 kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bwh mata 
      (eye bag), penglihatan kabur
>> Liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan
>> Kulit hilang keanjalan, lebih kering
 >> Kelihatan tua drp umur sebenar
>> Organ dalaman tak berfungsi dengan berkesan
>> Payu dara dan punggung kelenturan
>> Garis halus kelihatan pada leher
>> Kehilangan kalsium, menyebabkan sakit belakang dan sendi
>> Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan
>> Rambut jadi kering dan bercabang dihujung
>> Gusi yg tak sihat

Hmmm...panjang berjela senarai kesan2 kekurangan kolagen nih....Menakutkan ....Harus la setiap wanita make sure pengambilan nutrisi yang boleh mengekalkan bekalan kolagen dalam badan. Dan Shaklee memang memahami kehendak wanita bila melancarkan produk kolagen ni.

Semakin usia meningkat, kolagen di dalam badan semakin berkurangan.Pengurangan kolagen seiring usia lah yang menyebabkan timbulnya masalah2 diatas. Tp jgn risau2....Kemerosotan semulajadi ni boleh dipulihkan melalui makanan tambahan. Pengambilan tetap makanan tambahan kolagen dapat menggantikan kolagen yang hilang dan memelihara kulit. 

Halangi tanda awal penuaan dengan memperlahankannya melalui pengambilan suplemen kolagen. Jika anda ingin mempunyai kehidupan yg hebat , rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yg mencukupi.

TAHUKAH ANDA
Kolagen membentuk 90% protein matriks tulang2 dan 2/3 tulang rawan artikular dewasa. Oleh itu kehilangan kolagen juga boleh menjejaskan kesihatan tulang2 dan sesendi. Biasa kan kita dengar warga emas yang alami tulang2 lemah dan sendi kaku.

Kalau nak cuba Shaklee Collagen Powder boleh dapatkan dari saya pada harga berpatutan. Nak tahu apa dia kebaikan Shaklee Collagen Powder boleh baca kat sini.

Shaklee Collagen Powder

Assalamualaikum...

Untuk Rasa Lebih Sihat, Kulit Lebih Muda Menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yg mengandungi 4000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) atau dalam bahasa mudahnya "kolagen yg berkualiti tinggi dan tulen yg diekstrak drp sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat memmbantu kpd peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dgn berkesan.

Tujuh bahan utamanya :

RSS Collegen dari sisik ikan merah 
Sisik ikan merah ialah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yg lebih kecil berbanding dgn kolagen binatang.

Ekstrak Biji Benih Camellia japonica
Mengandungi asid oleik, iaitu sejenis emolien kulitdan pelembap yg unggul, dan bahan antioksida semulajadi Isoflavon yg dapat membantu mengurangkan radikal bebas.

Ekstrak Plaffia
Plaffia juga digelar sebagai ginseng Brazil yg bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia japonica dapat menyokong pembentukan kolagen dan asidhialuronik. Dgn kemampuannya utk mengikat jumlah air yg besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dlm menghidratkan tisu bdn & membuatkan kulit lembut, lembap dan rata.

Elastin Dari Kolagen Ikan
Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yg boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yg berfungsi bersama kolagen utk kulit yg lebih tegang, gebu dan anjal.

Vitamin C & Vitamin B
Vit C menggalakkan pengeluaran kolagen & melawan radikal bebas yg merosakkan kulit.
Vit B terlibat dlm metabolisme karbohidrat, lemak & protein utk hasilkan tenaga yg diperlukan utk pengeluaran kolagen dlm sel.

Ekstrak Kerang-kerangan
Glukosamina drp ekstrak kerang-kerangan adalah penting dlm sintesis bendalir sinovia bg melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata utk legakan ketidakselesaan mata.

Lactobasilus acidophilus
Ianya sejenis bakteria baik yg membantu utk mengimbangi usus mikroflora & memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bg meningkatkan penyerapan kolagen

** Shaklee Collagen Powder mudah larut dgn minuman kegemaran anda. Setiap hidangan dipek dalam satu sachet utk memudahkan pengguna membancuh secara segera pada bila2 masa dan dimana2 saja.

Kesan Dan Faedah Mengambil Shaklee Collagen Powder


So kwn2, apa tunggu lagi. Jom dapatkan Shaklee Collagen Powder dari saya hari ini juga. Rugi kalau tak cuba....
 

       

Berkenalan Dengan Shaklee

Assalamualaikum semua....

Kali ni saya nak introduce korang dengan Shaklee secara lebih dekat lagi. Kata orang tak kenal maka tak cinta kannn...Bila dah kenal hati budi, tahu latar belakang, baru lah uolss tahu kenapa Shaklee disukai ramai selama lebih 5 dekad.

Sejarah

Pengasas Shaklee ialah Dr. Forrest C. Shaklee, Sr. Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee telah menemui "vitalized mineral", iaitu salah satu multivitamin yg pertama di dunia. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yg merupakan SYARIKAT JUALAN LANGSUNG PERTAMA DIDUNIA.

Ketika ramami org lain mengamalkan penggunaan plastik dan bhn2 sintetik, Shaklee kembali kpd semulajadi - dgn mencari bhn2 semulajadi yg tulen utk menghasilkan vitamin. Beliau juga merupakan antara org terawal yg mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia.

Satu lagi fakta, kalau uolss perasan, Shaklee tak pernah buat iklan komersial kat tv mahupun radio, apatah lagi di majalah2, suratkhabar or papan2 iklan. Tetapi Shaklee lebih mengutamakan pemberian ganjaran kepada para pengedarnya yg berkongsi ttg kebaikan Shaklee. Ditambah pula dgn jutaan ringgit yg dilaburkan utk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan Shaklee.

Perbezaan Shaklee



SENTIASA SELAMAT


SENTIASA BERKESAN

SENTIASA MESRA ALAM

~ LEBIH 83 000 UJIAN QC SETAHUN

~ MENJALANKAN LEBIH 350 UJIAN KE ATAS BHN2 BOTANI YG BARU

~ JAMINAN KESUCIAN

~ 100% KEPUASAN DIJAMIN

~ USD 300 JUTA DILABURKAN DALAM R&D

~ 100 DITERBITKAN KAJIAN KLINIKAL

~ 55 PATEN

~ 54 PINGAT EMAS OLIMPIK YG DIMENANGI OLEH ATLET YG MENGGUNAKAN PRODUK SHAKLEE

~ LANDMARK STUDY


~ TIADA PERASA TIRUAN

~ TIADA PEMANIS TIRUAN

~ TIADA UJIAN HAIWAN

~ TIADA BAHAN KIMIA

~ PEMBUNGKUDSN ADALAH BEBAS BISPHENOL-A, PHTHALATES & DAKWAT TOKSIK

~ PEMBUNGKUSAN MENGGUNAKAN BHN DIKITAR SEMULA



So, secara keseluruhannya, Shaklee adalah pengeluar suplemen yang paaalinggg selamat yang saya pernah tahu. Sebab tu lah saya tak pernah ragu2 nak gunakan semua produk Shaklee dari vitamin, pencuci muka sampailah kepada bahan pencucinya.

Saya harap dengan pengenalan ringkas ni, dapat menghuraikan persoalan kawan2 ttg asal-usul Shaklee dan kelebihannya. Gunakan tanpa was-was ye...