Shaklee ada menjual EPO tetapi fungsinya lebih menyeluruh dari EPO. Ia dipanggil GLA Complex (Gamma-Linolenic Acid).
Apa itu GLA?
GLA merupakan asid lemak perlu Omega-6 yang banyak didapati dalam minyak sayuran. GLA tidak boleh dihasilkan dalam badan, jadi ia perlu diambil dari makanan. Badan akan memproses linolenic acid dan menukar kepada Gamma Linolenic Acid. Antara sumber yang kaya dengan GLA ialah borage oil, evening primrose oil, hempseed oil. GLA juga boleh diperolehi dalam oat, barli atau spirulina.
GLA merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Penting untuk fungsi kimia dalam badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah di samping mengurangkan tekanan darah.
Faedah pengambilan GLA :
~ membantu mengurangkan keradangan yang biasa dialami dalam sindrom pra haid (PMS)
~ membantu merawat arthritis
~ mengurangkan ekzema, memperbaiki inflamasi kulit
~ mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis
~ membantu membaiki kadar insulin (pesakit diabetes) dan kolesterol (menyingkirkan lebihan berat badan)
~ memperbaiki tekstur rambut
~ melambatkan menopaus
~ memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing
~ memperbaiki keadaan kanak2 berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hyperaktif
~ menentang kanser
Siapa yang perlukan GLA?
~ wanita yang kerap alami PMS
~ penghidap arthritis, ekzema, pesakit diabetes
~ mereka yang nak turunkan berat badan
Perbezaan Shaklee
GLA Complex bukan sekadar mengandungi Gamma Linolenic Acid, malah ia juga dilengkapi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan cara mengekalkan integriti sel.
Tiada perasa, pemanis atau pengawet tambahan.
Close up label GLA - lihat kandungan GLA mengandungi Vitamin E
GLA Complex dari Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA berbanding EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.
BORAGE SEED ---> 17% - 25%
BLACKCURRANT ---> 15% - 20%
EPO ---> 7% - 10%
Setiap kapsul mengandungi 300 mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak bunga matahari dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailibilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.
Gla bukan sahaja untuk wanita.
Ramai orang bersalahanggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya, GLA juga sangat penting untuk kanak2 (potong gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa, dan juga selepas menopaus dan andropaus (lelaki).

No comments:
Post a Comment