Entri sebelum ni saya lebih fokus kepada produk JHT. Jadi, untuk entri kali ni saya akan bercerita pula ttg sendi pada badan kita. Jadi terpulang kepada anda nanti untuk menilai kebaikan dan kelebihan JHT dalam merawat masalah atau penyakit sendi yang acapkali dihadapi.
Sendi ialah tempat dimana 2 atau lebih tulang bertemu. Ia dibina untuk memudahkan pergerakan dan menyediakan sokongan mekanikal.
Penyakit sendi lebih dikenali sebagai arthropathy, tetapi apabila ia melibatkan keradangan satu atau lebih sendi, penyakit itu dipanggil arthritis. Arthritis yang paling biasa berlaku ialah osteoarthritis. Ianya terjadi akibat drp kecederaan sendi, jangkitan pada sendi atau atas faktor penuaan.
Tips Mengekalkan Kesihatan Sendi
1) Kerap menggerakkan sendi2 terutama apabila sedang membaca, menonton tv, menggunakan komputer. Jika sedang melakukan kerja, selalu tukar2 posisi atau bangun dan bergerak.
* Exercise akan meningkatkan kekuatan otot dan kelenturan sendi. Secara tak langsung ini meningkatkan kestabilan badan anda.
2) Pakai pelindung lutut/siku jika berhasrat untuk melakukan senaman seperti berjoging atau berbasikal.
3) Kurangkan berat badan. Bebanan yang meningkat secara tak langsung akan meningkatkan risiko keretakan tulang rawan.
4) Makan ikan kerana ikan mengandungi Omega 3-fatty acids yang berfungsi mengekalkan kesihatan sendi dan mengurangkan keradangan.
5) Minum susu untuk tulang kuat. Tulang yang kuat mengurangkan risiko anda terjatuh seterusnya terseliuh.
6) Amalkan postur badan yang baik pada setiap aktiviti yang anda lakukan. Postur yang tepat melindungi dari sendi leher hingga sendi lutut.
7) Berhati-hati ketika mengangkat barang berat.
Kesemua nutrien yang dicadangkan diatas ada terkandung dalam Shaklee joint Health Tablet. Jadi memang sangat berbaloi untuk anda memberikan JHT ini kepada kedua ibu bapa sebagai tanda kasih sayang anda yang sentiasa ingin mereka sihat dan bebas bergerak seperti orang lain.



No comments:
Post a Comment