Pengedar Sah Shaklee

Pengedar Sah Shaklee

Wednesday, February 20, 2013

Tips Mendapat Anak Lelaki

Assalamualaikum....

Harini terbaca satu post dari wall rakan fb tentang tajuk di atas...Sangat menarik...Teringin nak cuba sebab saya memang dah lama nak anak lelaki, cuma belum ada rezeki lagi...Tapi tak salah berusaha kan...


Ni dia post yang saya maksudkan...

TIP MENDAPAT ANAK LELAKI
1. MELALUI PEMAKANAN

Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati:

i. Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram

ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu

Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut pertua diatas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 - 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan sertamerta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus

2. MELALUI MASA SUBUR SESEORANG

Waktu tidur boleh diketahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:

i. Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur

ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.

Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.

3. TAHAP KEASIDANAN

Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.

i. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.

ii. Unutuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan “bikarbonat” yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan.

4. TAHAP KEPUASAN ISTERI

Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:

i. Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y.

ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat 

kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.

Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 - 80 peratus, mengikut Prof. Dr. Hamis Arshat, Pakat Sakit Puan



Waaaaa....boleh dipraktikkan ni....rindu nak cium baby....


Saturday, February 16, 2013

Amalan Doa Untuk Ibu Sedang Mengandung

Assalamualaikum....

Rasa terpanggil nak upload doa amalan untuk ibu yang sedang mengandung. Doa ni saya dapat secara tak sengaja dari seorang ustaz di Banting. Namanya Ustaz Tulus. Ustaz ni saya kenal melalui keluarga mertua, sebab diorang selalu berubat or minta air penawar ngn dia. Terutama bila ada masalah gangguan makhluk halus pada anak2 kecil.

Pada hari saya dapat doa ni, sebenarnya saya n suami tolong bawakan kawan suami untuk mengubat isteri dia yang kene gangguan. Dah siap diorang berubat, tiba2 ustaz tu bg satu kertas pada saya. Pada kertas tu ada senarai doa macam kat gambar bawah ni tp tulisan tangan. Masa tu saya tengah mengandung 7 bulan kalau tak silap.

Biasanya Ustaz Tulus akan minta saya baca ayat2 tu depan dia sebab dia nak dengar saya baca betul ke tak. Lagi pulak tulisan tangan, kadang2 orang2 lama ni tulis doa xde baris. Dia kata sambil baca usap2 lah perut tu. So kengkawan baca baik2 doa ni ye....

Kertas tu pun dah hampir lunyai sbb saya dok bawa kesana kemari, bila2 ada masa or lepas solat mesti saya baca. Sebab tu saya buat semula dalam softcopy supaya tak hilang.


Doa2 ni semuanya adalah dipetik dari ayat2 Al-Quran, cuma kita je yang tak tahu mana ayat2 untuk tujuan tertentu.

Kat facebook pun saya ada kongsikan doa ini termasuk kat Grup Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung...Tapi dah agak lama juga. Baby saya pun dah nak masuk 2 tahun. So, sesape je yang ternampak dan nak share saya izinkan...Semoga ramai yang mendapat manfaatnya...

Thursday, February 14, 2013

Sarapan Ringkas Tapi Berkhasiat

Assalamualaikum....

Setiap pagi, tak kira anak2 yang nak ke sekolah atau orang dewasa yang nak ke tempat kerja, wajib menganambil sarapan....Sarapan adalah sangat penting untuk memulakan hari anda...Sarapan saya setiap pagi ialah ESP yang lazat dibancuh bersama MILO. Sebenarnya banyak variasi resepi ESP ni....


Kenapa mesti sarapan???

Penting untuk :
~ memberi tenaga utk permulaan hari yang ceria
~ jump-starts ur day
~ manfaat utk kesihatan menyeluruh

Faedah utk org dewasa kalau amalkan sarapan berkhasiat:
1) dapat lebih vitamin dan mineral
2) makan kurang lemak & kolesterol, kurang risiko sakit jantung
3) dapat kawal berat badan
4) lebih tumpuan & produktiviti sepanjang hari

Faedah utk kanak2 kalau amalkan sarapan berkhasiat:
1) memenuhi keperluan nutrien harian
2) lebih tumpuan pada pelajaran di dalam kelas
3) lebih peka, lebih kreatif
4) bijak menyelesaikan masalah
5) aktif secara fizikal di sekolah
6) jarang nak ponteng

Cadangan sarapan berkhasiat :
* bijirin penuh
* protein rendah lemak - kacang soya
* yogurt rendah lemak
* serat - buahan/sayuran

Gabungan kumpulan makanan di atas membekalkan KARBOHIDRAT KOMPLEKS, SERAT, PROTEIN dan hanya sedikit lemak
<<memberikan rasa kenyang lebih lama>>

Sarapan berkhasiat mesti mengandungi 5 gram protein dan 5 gram serat. Macamana nak tahu sukatan yang betul??? Cara paling mudah bila minum susu, tgk label dan pastikan setiap hidangan membekalkan cukup protein.

Sebab tu saya minum ESP tiap pagi sbb 1 sudu besar ESP membekalkan 5 gram protein untuk saya


Wednesday, February 13, 2013

Carotomax - Alternatif Merawat Rabun

Assalamualaikum...

Saya cukup teruja bila baca testimoni seorang pengguna Shaklee yang mencuba Carotomax untuk kesihatan mata....Jom baca testimoni beliau...


Hmmmmm....seronok kan bila usaha kita menampakkan kesan...dengan izin Allah jua...yang penting kita berusaha....

Ok lah...saya nak citer sikit apa yang best nya dengan Carotomax ni...terutamanya kelebihan yang ditawarkan berbanding produk Vitamin A brand lain....

*********************************************************************************

Carotomax :Vitamin utk mata dan Kanser.

"Sel2 diserang berjuta radikal bebas. Apakah yg dapat membantu?"

CAROTOMAX menyalurkan lima daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

5 jenis karotenoid yang paling berkhasiat

1) Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.

2) Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.

3) Menguatkan sistem imun*

4) Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.

5) Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.

Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan ;

~ Beta Carotene : 102 biji pisang
~ Lycopene : 714 biji aprikot
~ Lutein dan Zeaxanthine : 285 biji limau merah
~ Alpha Carotene 89 biji raspberi


So, sesape yang ada rabun jauh, dekat or silau....tak kiralah yang tahap power tinggi, sederhana or baru nak kene....boleh lah cuba dengan Carotomax dulu...

Monday, February 4, 2013

Harga Runtuh 28 Hari....

Assalamualaikum....



Harini nak update promo untuk bulan Februari. Walaupun dah 5 hb tapi masih belum terlambat nak grab peluang ni...Omega Guard Shaklee ialah minyak ikan terbaik dan no 1 di dunia kerana :

~ Diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mekerel,herring, anchovies) di perairan negara Jepun.
~ Ia bukan dari minyak hati ikan (fish cord) malah adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan fish cord.
~ Minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan byk lagi.
~ Satu sajian Omega Guard membekalkan 950 mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.
~ Menggunakan kaedah ultra tulen bergred farmaseutikal teknologi terkini :
* dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul utk mengekstrak asid lemakk Omega-3 yang paling tulen & paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioxin dan PCB.


Nak tahu lebih details tentang produk hebat ni, boleh klik sini

Jangan lepaskan peluang keemasan ye....Bukan selalu Shaklee offer tauuuu....