Pengedar Sah Shaklee

Pengedar Sah Shaklee

Saturday, December 15, 2012

Rawat Keputihan Dengan Alfalfa

Assalamualaikum...

Pernah alami situasi macamni????
> keluar lendir pekat, likat dan berbau busuk dari vagina
> vagina rasa gatal, pedih dan melecet
> aktiviti ketika bersama suami tidak menyeronokkan

Kalau ya, maknanya anda mengalami masalah keputihan.

Masalah keputihan seakan perkara biasa di kalangan wanita. Tetapi keputihan tidak boleh dibiarkan berlanjutan. Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali sebagai Leukorrhea atau Fluor Albus. Keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Keputihan ada 2 jenis iaitu yang normal dan abnormal (sudah menjadi penyakit).

Antara penyebab keputihan ialah rembesan hormon estrogen tidak seimbang. Keputihan abnormal juga boleh disebabkan oleh jangkitan kulat, bakteria atau virus pada vagina atau STD (Sex Transmitted Disease).

Jenis jangkitan :
~ Candida
~ Trichomonas Vaginalis
~ Chlamydia
~ Gonorrhea
~ Treponema Pallidum
~ Bendasing seperti benang/rambut

Tips untuk kesihatan vagina :
~ Jaga kebersihan. Pastikan kawasan vagina sentiasa kering
~ Jangan pakai seluar dalam ketat untuk membolehkan pengaliran udara di sekitar vagina
~ Jika memakai panty liner/pad, pastikan tukar sekerap mungkin
~ Setelah buang air, cuci bersih dengan air dari arah depan ke belakang
~ Amalkan mencuci tangan sebelum dan selepas ke tandas

pH normal bagi vagina ialah 3.8 hingga 4.5, sedikit ke arah asidik. pH melebihi 4.5 dianggap kurang asidik malah boleh dikira beralkali, manakala ph kurang daripada 3.8 dianggap sangat asidik.

Vagina normal mengandungi bakteria baik Lactobacilli yang berfungsi menentang jangkitan. Lactobacilli membantu vagina mengekalkan keasidan dengan menghasilkan asid laktik, menjadikan vagina tidak sesuai untuk koloni mikroorganisma lain. Vagina juga menhasilkan asid laktik sendiri untuk mengekalkan kelembapan dan mencegah kekeringan seterusnya menyebabkan kerengsaan.


Untuk membantu merawat masalah keputihan, disyorkan pengambilan konsisten Alfalfa setiap hari.
Kenapa???? Alfalfa mempunyai cici2 seperti kacip fatimah yang penting untuk memelihara kesihatan keintiman wanita.

Jom baca testimoni salah seorang pengguna Alfalfa Shaklee.




Jadi, wanita2 semua...tentu nak sihat luar dalam kannn....tentu nak suami lebih sayang kannn...Jangan tunggu lama2...Dapatkan sebotol Alfalfa Shaklee anda hari ini.

Tuesday, December 11, 2012

OMEGA GUARD

Assalamualaikum...

DHA ialah singkatan untuk DecosaHexaenoic Acid. Ia sejenis asid lemak Omega-3. DHA merupakan komponen utama dalam otak manusia, kulit, sperma dan retina mata. DHA boleh disintesis daripada alpha-linolenic acid atau diperolehi terus dari susu ibu ataupun dari minyak ikan. Ikan yang hidup di perairan sejuk adalah paling kaya kandungan DHA nya.

Siapa yang patut ambil DHA?
~ Wanita hamil
~ Wanita menyusukan anak
~ Pesakit jantung
~ Pesakit Alzheimer
~ Pesakit darah tinggi
~ Mereka yang mengalami ekzema atau psoriasis
~ Mereka yang sering alami masalah kekeringan pada mata

DHA sangat banyak terdapat dalam minyak ikan. Minyak ikan mengandungi DHA dan EPA (EicosaPentaenoic Acid). Minyak ikan diperolehi melalui tisu ikan berminyak. Tetapi bukan ikan itu sendiri yang menghasilkan DHA sebaliknya diperolehi apabila ikan tersebut memakan microalgae/plankton.

KENAPA WANITA HAMIL DAN MENYUSUKAN BAYI DIGALAKKAN MENGAMBIL SUPLEMEN MINYAK IKAN??

Wanita Hamil :
~ elak kecederaa/kecacatan otak bayi
~ penting untuk pembentukan sistem saraf bayi
~ kurangkan risiko alergi pada bayi dan penyakit kulit (ekzema) setelah dilahirkan
~ elak risiko kelahiran pra-matang
~ kurangkan risiko pre eklampsia pada ibu
~ elak kemurungan/meroyan selepas bersalin
~ memberi bayi perlindungan tambahan drp mudah terkena selsema setelah dilahirkan, dan jika terkena pun akan cepat sembuh

Wanita Menyusukan Bayi (terutama pada 4 bulan pertama)
~ membantu perkembangan awal bayi termasuk perkembangan sistem psiko motor dan sistem visual

Seperti yang kita sedia maklum, lambakan produk minyak ikan di pasaran memudahkan ibu2 membuat pilihan dan mendapatkan bekalan. Tapi AWAS...kebanyakan pengeluar tidak mengambil berat tentang pencemaran, kandungan logam berat dan tahap EPA & DHA yang tepat dalam produk mereka. Ikan boleh mengumpul toksin seperti merkuri, dioxin, PCB atau peroxidase (bila minyak ikan rosak). Jadi, adakah minyak ikan yang anda ambil sekarang dijamin selamat???

PERBEZAAN SHAKLEE OMEGA GUARD

~ Diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mekerel,herring, anchovies) di perairan negara Jepun.
~ Ia bukan dari minyak hati ikan (fish cord) malah adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan fish cord.
~ Minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan byk lagi.
~ Satu sajian Omega Guard membekalkan 950 mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.
~ Menggunakan kaedah ultra tulen bergred farmaseutikal teknologi terkini :
* dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul utk mengekstrak asid lemakk Omega-3 yang paling tulen & paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioxin dan PCB.

Manfaat Utama :

1) Membantu rembesan prostaglandin dgn lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly
2) Mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, memberikan kulit licin kemera-merahan.
3) Mencegah penyakit saluran darah dan strok
4) Membantu tumbesaran dan pertumbuhan otak janin dan membantu perkembangan memori
5) Meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migrain.
6) Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan peparu.
7) Memelihara fungsi2 sendi. baca lebih lanjut kat SINI
8) mencegah insomnia dan membantu menguragkan tekanan

*****************************************************************************
Setiap kapsul mengandungi :

330mg OMEGA-3 EFA
180mg EPA
120mg DHA

*****************************************************************************

Jom dapatkan Omega Guard untuk anda dan anak anda hari ini. 

Thursday, December 6, 2012

Kebaikan Alfalfa Shaklee

Assalamualaikum...

Sebagai seorang wanita yang amat mementingkan kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman, pelbagai cara dilakukan malah pelbagai produk kecantikan pasti menjadi teman baik wanita. Tak kira betapa mahal sekali pun, tapi sebab nak cantik, harga tidak menjadi persoalan.

Tahukan anda sejenis tumbuhan yang digelar sebagai Raja Segala Tumbuhan? Itulah Alfalfa (Medicago Sativa), sejenis tumbuhan herba yang sangat kaya dengan nutrisi. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang menjulur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah. Daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses sintesis semulajadi. Alfalfa kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.


Manfaat Utama :

~ Mencuci hati, darah dan usus
Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

~ Melawan Alahan
Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.

~ Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

~ Menyingkirkan lemak dan kolesterol
Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja yang mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

~ Juga popular di kalangan ibu menyusukan kerana fungsinya sebagai galactogue/milk booster.

~ Memiliki ciri2 seperti kacip fatimah yang mampu merapatkan keintiman wanita dan bertindak merawat keputihan.

~ Melawan tumor

~ Melegakan keletihan

~ Mencegah/merawat arthritis


Perbezaan Shaklee

1) Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an.

2) Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) yang ditanam secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbisid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia.

3) Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa.

4) Daun Alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun yang matang kaya dengan klorofil. Daun2 ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Daun2 yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet.
* Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti.

5) Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


Setiap tablet mengandungi 300mg Alfalfa.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap Systemic Lupus Eritematosus (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. 

Cadangan Penyediaan/pengambilan :
Boleh dimakan terus atau larutkan di dalam air, campurkan madu dan jus buahan untuk rasa lebih enak.
Maksimum ialah 10 tablet sehari.


Tuesday, December 4, 2012

GLA Complex- Gamma Linolenic Acid

As salam...

Shaklee ada menjual EPO tetapi fungsinya lebih menyeluruh dari EPO. Ia dipanggil GLA Complex (Gamma-Linolenic Acid).

Apa itu GLA?
GLA merupakan asid lemak perlu Omega-6 yang banyak didapati dalam minyak sayuran. GLA tidak boleh dihasilkan dalam badan, jadi ia perlu diambil dari makanan. Badan akan memproses linolenic acid dan menukar kepada Gamma Linolenic Acid. Antara sumber yang kaya dengan GLA ialah borage oil, evening primrose oil, hempseed oil. GLA juga boleh diperolehi dalam oat, barli atau spirulina.

GLA merupakan  bahan binaan bagi prostaglandin. Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Penting untuk fungsi kimia dalam badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah di samping mengurangkan tekanan darah.

Faedah pengambilan GLA :
~ membantu mengurangkan keradangan yang biasa dialami dalam sindrom pra haid (PMS)
~ membantu merawat arthritis
~ mengurangkan ekzema, memperbaiki inflamasi kulit
~ mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis
~ membantu membaiki kadar insulin (pesakit diabetes) dan kolesterol (menyingkirkan lebihan berat badan)
~ memperbaiki tekstur rambut
~ melambatkan menopaus
~ memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing
~ memperbaiki keadaan kanak2 berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hyperaktif
~ menentang kanser

Siapa yang perlukan GLA?
~ wanita yang kerap alami PMS
~ penghidap arthritis, ekzema, pesakit diabetes
~ mereka yang nak turunkan berat badan

Perbezaan Shaklee

GLA Complex bukan sekadar mengandungi Gamma Linolenic Acid, malah ia juga dilengkapi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan cara mengekalkan integriti sel.

Tiada perasa, pemanis atau pengawet tambahan.


Close up label GLA - lihat kandungan GLA mengandungi Vitamin E

GLA Complex dari Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA berbanding EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

BORAGE SEED --->  17% - 25%
BLACKCURRANT --->  15% - 20%
EPO ---> 7% - 10%

Setiap kapsul mengandungi 300 mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak bunga matahari dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailibilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Gla bukan sahaja untuk wanita.
Ramai orang bersalahanggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya, GLA juga sangat penting untuk kanak2 (potong gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa, dan juga selepas menopaus dan andropaus (lelaki).

Sunday, December 2, 2012

Nutrien Untuk Sendi Yang Sihat

Assalamualaikum...

Entri sebelum ni saya lebih fokus kepada produk JHT. Jadi, untuk entri kali ni saya akan bercerita pula ttg sendi pada badan kita. Jadi terpulang kepada anda nanti untuk menilai kebaikan dan kelebihan JHT dalam merawat masalah atau penyakit sendi yang acapkali dihadapi.

Sendi ialah tempat dimana 2 atau lebih tulang bertemu. Ia dibina untuk memudahkan pergerakan dan menyediakan  sokongan mekanikal.


Penyakit sendi lebih dikenali sebagai arthropathy, tetapi apabila ia melibatkan keradangan satu atau lebih sendi, penyakit itu dipanggil arthritis. Arthritis yang paling biasa berlaku ialah osteoarthritis. Ianya terjadi akibat drp kecederaan sendi, jangkitan pada sendi atau atas faktor penuaan.

Tips Mengekalkan Kesihatan Sendi

1) Kerap menggerakkan sendi2 terutama apabila sedang membaca, menonton tv, menggunakan komputer. Jika sedang melakukan kerja, selalu tukar2 posisi atau bangun dan bergerak.
* Exercise akan meningkatkan kekuatan otot dan kelenturan sendi. Secara tak langsung ini meningkatkan kestabilan badan anda.

2) Pakai pelindung lutut/siku jika berhasrat untuk melakukan senaman seperti berjoging atau berbasikal.

3) Kurangkan berat badan. Bebanan yang meningkat secara tak langsung akan meningkatkan risiko keretakan tulang rawan.

4) Makan ikan kerana ikan mengandungi Omega 3-fatty acids yang berfungsi mengekalkan kesihatan sendi dan mengurangkan keradangan.

5) Minum susu untuk tulang kuat. Tulang yang kuat mengurangkan risiko anda terjatuh seterusnya terseliuh.

6) Amalkan postur badan yang baik pada setiap aktiviti yang anda lakukan. Postur yang tepat melindungi dari sendi leher hingga sendi lutut.

7) Berhati-hati ketika mengangkat barang berat.




Kesemua nutrien yang dicadangkan diatas ada terkandung dalam Shaklee joint Health Tablet. Jadi memang sangat berbaloi untuk anda memberikan JHT ini kepada kedua ibu bapa sebagai tanda kasih sayang anda yang sentiasa ingin mereka sihat dan bebas bergerak seperti orang lain.