Pengedar Sah Shaklee

Pengedar Sah Shaklee

Thursday, November 22, 2012

Tips Atasi Rambut Gugur

Assalamualaikum...

Keguguran rambut bukanlah masalah yang serius sebenarnya sebab rambut kita memang akan gugur setiap hari. Anggaran helai rambut yang gugur ialah lebih kurang 100 helai sehari. Rambut yg gugur ni kerana mengikut kitaran hidup pertumbuhan folikel rambut tersebut.

1) Fasa Pertumbuhan Aktif ( Fasa Anagen ) - tempoh yang paling panjang
2) Fasa Peralihan ( Fasa Catogen ) - tempoh yang pendek
3) Fasa Rehat - ( Telogen ) - tempoh yang pendek
4) Fasa Rambut Gugur ( Exogen ) - Berlaku di penghujung Fasa Rehat. Rambut baru akan tumbuh dalam folikel untuk memulakan kitaran baru.


** Gangguan pada Fasa Anagen menyebabkan rambut mudah gugur.



Faktor2 Keguguran Rambut

1) Wanita lepas bersalin

Semasa hamil, perubahan hormon estrogen menyebabkan rambut berada pada Fasa Anagen lebih lama berbanding biasa. Jadi rambut yang ada kekal lama dan kadar keguguran berkurang dari sepatutnya sebab rambut tidak menuju ke Fasa Telogen.
 
Lepas bersalin, kitaran hormon kembali seperti sediakala (biasanya 3 bulan lepas bersalin). Pada waktu ini, rambut yang lama berada di Fasa Anagen memasuki Fasa Telogen. Sebab itulah wanita lepas bersalin akan mendapati rambut yang gugur sangat banyak dan menakutkan. Ia akan kembali normal selepas tempoh 6 bulan.

2) Diet tak seimbang

Rambut terdiri daripada protein yang dipanggil keratin. Keratin adalah lapisan paling luar rambut, kuku dan kulit. 

Nutrien yang penting untuk pertumbuhan rambut sihat :
~ Protein - bahan utama keratin
~ Zinc - regenerasi sel, membaikpulih tisu rosak
~ Selenium - bergabung dgn zinc membantu tubuh menggunakan protein dan hormon untuk mengeluarkan lebih banyak rambut.
~ Vitamin A, C, E & B6 - menggalakkan pertumbuhan semula rambut
** KLIK SINI untuk membaca khasiat yang diperolehi untuk setiap nutrien di atas


3) Hormon tak seimbang

4) Kesan ubat-ubatan seperti pil perancang, ubat mengawal kolesterol, ubat darah tinggi

5) Pencemaran terhadap udara yang kotor dan terik matahari

6) Penggunaan syampu yang tinggi bahan kimia

7) Stress

8) Terlalu kerap blow dry, perming, flat ironing
 Ini akan melemahkan rambut dan menyebabkan rambut jadi rapuh, mudah reput. 

Petua Semulajadi Elak Rambut Gugur 

1) Rawatan Minyak
~ Gunakan minyak zaitun atau minyak kelapa. Panaskan atas api hingga suam2. Urut kulit kepala menggunakan minyak tersebut. Pakai shower cap dan biar selama sejam. Kemudian syampu rambut.

2) Jus semulajadi
~ Gosok kulit kepala dgn jus bawang putih, bawang merah atau halia. Biar semalaman. Basuh bersih keesokan harinya.

3) Urutan kepala
~ Lakukan urutan pada kepala selama beberapa minit setiap hari. Ini membantu merangsang peredaran darah pada kulit kepala seterusnya mengaktifkan folikel rambut. Sebaiknya gunakan minyak aromaterapi seperti Lavender.

4) Antioksidan
~ Bancuh 2 sacet green tea dalam cawan. Biar suam dan sapu pada kulit kepala. Biar 1 jam kemudian bilas. Green tea mengandungi antioksidan mencegah keguguran rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

5) Kurangkan stress

Diharapkan, maklumat di atas dapat melegakan sedikit perasaan risau mereka yang keguguran rambut. Untuk entri berikutnya saya akan kongsi tentang fungsi setiap nutrien yang diperlukan untuk kesihatan rambut.





No comments:

Post a Comment