Pengedar Sah Shaklee

Pengedar Sah Shaklee

Sunday, November 25, 2012

Healing Crisis atau Krisis Pemulihan

Assalamualaikum...

Seperti yg saya janjikan pada entri yg lepas, saya akan terangkan sebab2 kenapa saya alami healing crisis selepas beberapa hari minum Collagen Powder.

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil suplemen dietary. Simptom2 ini nampak macam penyakit, tp sebenarnya bukan. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan. Bila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen yg diambil, krisis pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit2 yg pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yg lemah akan mengambil masa yg lebih lama utk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yg telah tertimbun di dalam tubuh utk jangkamasa yg lama - sisa2 makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dgn diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Suplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ2.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yg keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain2. Simptom2 ini berbeza antara individu dan akan berlarutan 1-2 minggu.

Di waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, dinasihatkan untuk minum banyak air bersih, rehat secukupnya dan makan lebih sayuran serta buahan. Selagi  mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

Bayangkan analogi ini.

Anda mempunyai sebuah rumah. Setiap tahun anda akan mengecat dinding ruang tamu dengan warna yg  berlainan demi untuk memadankan dengan warna langsir atau sofa. Setiap tahun selama 20 tahun anda menyapu cat diatas cat pada dinding rumah. Kemudian, anda dapati pada lapisan ke 20 tersebut, cat tersebut dah tak berapa cantik dan kemas oleh kerana dinding dah jadi terlalu tebal dgn cat dulu2. Anda amek keputusan untuk tanggalkan lapisan2 cat lama sebelum mengecat dengan yang baru. Selepas dibersihkan dan dicat semula barulah dinding nampak lebih kemas.

Macam tu jugalah dgn tubuh manusia. Daripada hari kita pandai makan sampailah umur dah cecah 30 - 40 tahun, dah berapa banyak lemak, minyak, toksin malah bakteria, virus yg dah kita makan. Semasa proses detoksifikasi inilah, maka semuanya akan di flush keluar oleh sistem badan. Oleh kerana semua bahan2 tersebut dah bertapak lama dalam badan, so bila dikeluarkan ia seakan satu kejutan yg menyebabkan badan memberi tindakbalas seperti letih lesu, pening, dan sebagainya.

Jadi tak perlu risaulah sekiranya anda alami perkara yg sama. Saya ada beberapa senarai healing crisis  bersama penerangan ringkas yg saya perolehi dari upline saya. Bila ada kesempatan, saya akan upload di sini....




No comments:

Post a Comment