Pengedar Sah Shaklee

Pengedar Sah Shaklee

Saturday, January 18, 2014

Tips Jika Anak Tak Suka Makan Ubat

Assalamualaikum...

Pernah tak anda alami situasi dimana anak tak mahu buka mulut bila disuruh makan ubat? Itulah yang kerap saya alami sejak anak pertama lagi hinggalah anak yang ke empat. Jangankan ubat, disuruh minum Scott Emulsion pun mereka taknak sebab beranggapan, cecair yang dituang ke dalam sudu adalah ubat.

So, apa nak buat? Saya sendiri buntu tiap kali nak beri ubat bila anak tak sihat. Biasanya memang kene paksa la jawabnya. Bila dah paksa macam tu, confirm ubat tak masuk sepenuhnya dalam mulut. Belum lagi yang muntahkan semula....

Stress kan...

Benarlah ungkapan "Mencegah lebih baik dari mengubati". Lebih baik kita pastikan anak-anak kita mendapat vitamin secukupnya supaya kesihatan mereka sentiasa tip top, sistem imun tinggi supaya penyakit tak ada peluang nak singgah.

Saya berikan anak-anak saya tentunya vitamin semulajadi Shaklee yang diyakini selamat dan berkesan.

MealShakes

~ Menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian.
~ Diperbuat daripada bahan semulajadi - buahan , sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.
* Lactalbumin adalah bahan terbaik yang mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke dewasa.
~ Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
~ Kaya dengan protein yang penting untuk membekal nutrisi kepada sel tubuh.
~ Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium untuk tulang.
~ Antioksida - mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang bertindak melawan jangkitan.
~ Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut.
~ sangat lazat dengan perisa vanilla yang harum dan membangkitkan selera anak.

Apa yang saya buat ialah, saya masukkan sesudu kecil serbuk MealShake ke dalam bancuhan susu anak setiap pagi. Ala-ala sarapan gitu....Memang anak saya sangat suka dan anda akan nampak selera makan makin meningkat.

Omega Guard

~ Minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
~ DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina.
~ Meningkatkan sistem imun dan paru-paru.
* Sangat bagus diberikan kepada anak yang sedang batuk atau menghidap asma kerana Omega Guard bertindak memanaskan dada dan mencairkan kahak.

Anda boleh berikan terus kapsul Omega untuk anak kunyah. Tapi ada sesetengah budak tak suka baunya yang hanyir. Cara saya cucukkan kapsul dengan jarum, kemudian picitkan cecai Omega ke dalam susu yang ditambahkan MealShake tadi. Siap...

Info lanjut boleh baca sini.

Chewable Vitamin C

~ Vitamin C tidak boleh dihasilkan dalam badan, ia perlu diambil dari pemakanan seperti buah oren.
~ Dilengkapi bioflavanoids dan rose hip yang membantu meningkatkan fungsi vitamin C dan mengelakkan Vitamin C dari teroksida dalam badan.
~ Menyokong sistem pertahanan badan dari penyakit.
~ Membantu mengekalkan integriti sel
~ Meningkatkan kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.
~ Dengan mengunyah vitamin C, air liur menjadi pemangkin kepada penguraian Vitamin C menjadikannya sedia diserap sebaik saja sampai ke usus kecil.

Anak-anak saya memang suka sangat kunyah Vitamin C ni...saya pun tak ketinggalan. Rasanya yang masam-masam tu yang sedap....

Selain daripada cadangan suplemen di atas, kita hendaklah menyediakan menu seimbang untuk anak-anak. Ingat ye...suplemen ini sebagai tambahan saje...Yang penting makanan harian mereka mesti mengikut piramid makanan.

Nak buat pilihan bijak macam saya? Jom dapatkan suplemen Shaklee dari saya.

Call 019-3532745 sekarang.



Cara Kawal Diabetis

Assalamualaikum...

Hari ini saya nak sambung catatan saya berkaitan diabetis yang saya huraikan di sini. Pada kali ini saya akan lebih menekankan kepada langkah pencegahan.

Diabetis atau biasa disebut kencing manis. Daripada namanya saje kita dah tahu penyebabnya adalah gula berlebihan. Gula hanya terdapat dalam makanan dan minuman kan...Penyelesaian paling mudah ialah kurangkan gula dalam makanan dan minuman.

Makanan dan minuman mana yang ada banyak gula? Semua minuman berkarbonat yang ada gas tu mengandungi gula yang sangat-sangat tinggi. Jadi elakkanlah ya...Tambahan pulak rakyat Malaysia ni bukannya rajin sangat nak bersenam. Habis semua gula berlebihan yang dimakan berkeliaran dalam badan. Akibatnya gula berlebihan yang tak digunakan ini menjejaskan kesihatan si pemakan ni semula.

Bagi mereka yang bijak, selain mengelakkan mengambil makanan atau minuman yang tinggi gula, mereka juga mengamalkan gaya hidup sihat seperti rajin bersenam dan mengamalkan pengambilan suplemen tambahan.

Shaklee juga tidak ketinggalan mempunyai barisan suplemen yang mampu membantu mengekalkan tahap gula yang normal dalam darah. Jom tengok satu-persatu...

1) ESP - Kandungan protein yang tinggi menjadikan cepat kenyang. Jadi kita tak akan rasa nak makan junk food yang tentunya tinggi kandungan gula. Tambahan pula, kandungna Indeks Glisemik (GI) ESP yang rendah. GI yang rendah penting kerana gula dipecahkan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan.


2) Zink - Merupakan komponen penting dalam penghasilan insulin. Zink mengikat insulin antara satu sama lain. Insulin kan watak utama dalam cerita ni...


3) B Complex - Bertanggungjawab dalam proses penukaran gula yang dimakan kepada tenaga. Menurunkan kadar gula dalam darah dengan cepat.


4) Vitamin C - Membantu memelihara kesihatan salur darah. Salur darah yang sihat memastikan pengaliran darah yang lancar supaya oksigen dan zat-zat lain dapat diangkut ke setiap sel badan dengan lebih efisien.


5) Calcium/magnesium @ Ostematrix - Berfungsi dalam metabolisme karbohidrat, serta memainkan peranan khusus dalam tindakan insulin yang efisien.

*********************************************************************************

Bagaimana pula kalau dah disahkan penghidap kencing manis?

Jangan risau....Anda boleh je teruskan pengambilan suplemen di atas beserta beberapa pilihan lain iaitu :


1) Alfalfa - Sejenis fiber yang penting untuk mencegah perubahan paras gula darah secara mendadak. Alfalfa juga mampu memerangkap kolesterol jahat dalam darah yang biasanya mengakibatkan pengecilan salur darah.


2) Vitamin E - Membantu merendahkan paras kolesterol jahat. Dinding arteri penghidap kencing manis diselaputi glukos yang melekit. Kehadiran kolesterol menyebabkan pemendapan pada dinding arteri seterusnya menyebabkan salur arterimengecil. Komplikasi ini boleh mengakibatkan serangan jantung atau strok.


3) Garlic - Bertindak sebagai antibiotik. Penghidap kencing manis lebih cenderung dilanda serangan bakteria.


Inilah antara suplemen yang boleh dipilih untuk mengawal gula dalam darah. Buatlah pilihan bijak.

Sekiranya anda ingin mengetahui info lanjut, sila call/sms saya di  019-3532745


Friday, January 17, 2014

Penapis Air Terbaik

Assalamualaikum....

Berapa bajet anda untuk penapis air di rumah? Rata2 harga penapis yang biasa terdapat di kedai ialah RM500 ke atas. 

Percaya tak kalau saya kata saya boleh dapatkan penapis air yang boleh digunakan selama 1 tahun pada harga anggaran RM400 sahaja. Paling best bila tak payah nak sambungkan penapis ni pada paip air dan tak perlukan elektrik pun untuk berfungsi. Satu lagi ciri menarik penapis air ini ialah ringan dan boleh dibawa kemana-mana sahaja. Bonus besar bagi yang suka berkelah atau bercuti, ada anak kecil dan selalu perlukan air bersih nak bancuh susu kan.... Jom saya kongsikan sekarang...

Get Clean® Water Pitcher Shaklee

                 




MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat

Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: 
Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

*****************************************************

Bestkan penapis air Shaklee ni...Untuk permulaan bolehlah dapatkan Starter Pack. Dalam starter pack ni anda akan dapat 1 jag yang bentuknya macam heater yang biasa kita guna cuma saiznya lebih besar, 1 pitcher beserta filter, 3 filter tambahan. Setiap filter boleh menapis hingga 303 liter air bersamaan 80 gelen air atau selama 4 bulan yang mana datang dulu.

Leceh nak ingat bila nak tukar filter? Tak perlulah nak buat countdown bila nak tukar filter. Semua produk Shaklee adalah mesra pengguna dan mesra alam.

Masa mula-mula pasang laraskan pada butang SET dahulu.

Bila penapisan dah mencecah 80 gelen air, ia akan menunjukkan REPLACE. Masa ni dah boleh tukar la penapis baru....Senangkan...


Berminat nak cuba...Jom dapatkan dari saya...

Call atau sms no ini sekarang 019-3532745 untuk dapatkan harga menarik.



Bahaya Diabetis Melitus

Assalamualaikum...

Pada 16 Januari 2014, saya telah diminta untuk membuat presentation bagi tajuk Diabetis Mellitus untuk sesi Continuous Medical Education (CME) di tempat kerja. Memandangkan kami selalu berurusan dengan pesakit diabetis, maka tajuk ini saya anggap sangat membantu dalam memahami tugas kami dengan lebih baik. Banyak sangat info baru yang saya dapat sewaktu sesi pembentangan tersebut. Sebab setiap CME akan dihadiri oleh seorang doktor Kimia Patologi yang akan menerangkan dengan lebih lanjut. Ok...jom saya kongsikan....

Sedikit info yang membantu untuk kita memahami diabetis ialah insulin merupakan salah satu hormon yang membantu merendahkan kadar gula dalam darah. Insulin dihasilkan oleh salah satu sel dalam pankreas. Insulin diperlukan olleh glukos sebagai medium pengangkutan untuk masuk ke dalam sel yang memerlukan glukos untuk menjalankan aktivitinya.


DIABETIS MELLITUS

Pengenalan - sekumpulan penyakit metabolik dimana seseorang mempunyai tahap gula yang sangat tinggi dalam darah.

Jenis-jenis :

1) Type I - apabila pankreas seseorang tidak boleh menghasilkan insulin. Ini disebabkan oleh kerosakan sel pankreas yang bertanggungjawab membuat insulin tersebut. Biasanya berlaku dikalangan kanak-kanak, remaja, dan belia yang berumur kurang 30 tahun.

2) Type II - apabila sel badan seseorang tidak bertindakbalas terhadap insulin. Pankreas boleh menghasilkan insulin, tetapi sel badan pula tak memberikan respon kepada insulin tersebut. Ini disebabkan oleh sel badan tadi mengalami kepincangan pada reseptornya. Biasanya berlaku pada dewasa berumur 30 tahun ke atas. Untuk memastikan reseptor tersebut sentiasa aktif, kita digalakkan selalu bersenam.

3) GDM - Gestational Diabetis Mellitus. Seorang wanita mengandung yang mengalami peningkatan gula dalam darah walhal sebelum ini, beliau tidak pernah mengalaminya. Ini disebabkan semasa mengandung, berlaku kecelaruan hormon yang mempengaruhi kadar glukos tersebut. Keadaan ini biasanya akan beransur pulih sebaik bayi dilahirkan.

Simptom :

1) Kerap kencing
2) Cepat dahaga
3) Berat badan turun mendadak
4) Cepat lapar
5) Loya
6) Muntah
7) Keletihan

Apabila gula dalam darah tidak digunakan untuk tujuan sepatutnya, maka ia akan disingkirkan melalui air kencing. Sebab itu biasanya air kencing penghidap diabetis akan dikerumuni semut. Kadar gula yang terlalu tinggi dalam air kencing akan menyebabkan penghidapnya akan terasa selalu nak buang air kecil. Bila ini berlaku,  maka tubuh akan terhidrat. Inilah penyebab bermulanya rasa cepat dahaga.

Insulin juga bertanggungjawab menyokong penyimpana lemak dan protein. Bila ini tidak berlaku, terjadilah penurunan berat badan. Walaupun dah makan tetapi pesakit akan cepat rasa lapar, kerana apa yang dimakan sebelumnya tidak disimpan. Ini juga boleh mengakibatkan berlakunya ketosis, aiatu ketone dalam darah menyebabkan pH darah menjadi asidik seterusnya menjelaskan simptom pesakit yang mengalkami loya dan muntah.

Komplikasi Akut :

Peningkatan gula dalam darah (hypergycemia) menyebabkan peningkatan kadar osmolality darah. Dalam kes2 yang teruk boleh menyebabkan koma.

Pengambilan ubat yang berlebihan bagi mengawal diabetis pula boleh mengakibatkan gula dalam darah menurun ke tahap yang terlalu rendah hingga menyebabkan pesakit menggigil, berpeluh dengan banyak, pitam dan lemah. Sekiranya berdepan dengan situasi cemas seperti ini tanpa kehadiran doktor atau jururawat, apa yang boleh dilakukan ialah segera berikan pesakit sesuatu yang manis seperti gula-gula atau air milo. Ini sebagai langkah awal untuk menaikkan kembali gula dalam darah kepada kadar yang selamat.

Komplikasi Kronik :

Kadar gula yang terlampau tinggi dalam darah mengakibatkan kerosakan pada salur darah pada :

1) Mata - risiko pandangan kabur dan buta.
2) Buah pinggang - risiko kegagalan buah pinggang.
3) Jantung - risiko serangan jantung atau strok.
4) Sistem saraf - kebas, semut-semut, hilang deria rasa sakit.
5) Kaki - gangrene.

Adalah penting untuk kita mengawal kadar gula dalam darah memandangkan risiko yang bakal dihadapi boleh melibatkan nyawa. Diharap perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda yang membaca. Untuk post berikutnya saya akan kongsikan vitamin Shaklee yang sesuai untuk pesakit diabetis ini.


Saturday, January 4, 2014

Kebaikan Alfalfa Shaklee

Permulaan promosi 2014 dimulakan dengan Alfalfa, raja segala tumbuhan.

APA YANG BEST DENGAN ALFALFA?

(1) Terkenal untuk merawat 3 A :

• Arthritis
• Asthma
• Allergy

(2) Berkhasiat untuk membantu masalah :

• Penyakit Usus (Colon disorder)
• Buah pinggang
• Kencing manis
• Melawaskan usus
• Ulcer
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera

(3) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :

• Penghadaman
• Pencernaan
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa

(4) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah

• Gastrik
• Penyakit kulit (Eczema)
• Kurang darah (Anemia)
• Sembelit
• Badan, nafas dan kaki berbau

(5) Promotes pituitary gland function

(6) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)

(7) Merawat masalah keputihan pada wanita.

Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara.
Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.

(8) As a galactagouge.

Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu .

Harga promosi sepanjang bulan Januari 2014, contact    
019-3532745

Friday, May 17, 2013

Senangnya Bisnes Shaklee..!!

Assalamualaikum...

Lamanya tak update blog....Kalau rumah dah bersawang agaknya sebab lama dibiarkan....hehehehe...sejak kebelakangan ni agak sibuk uruskan anak-anak yang semakin membesar. Melayan kerenah mereka je memang tak cukup tangan dibuatnya. Yelah...anak kan amanah Allah yang perlu dijaga sebaiknya...Jadi saya dulukan anak-anak dan suami...Bisnes no 2...

Berbalik pada tajuk di atas, saya akui dan ramai para jutawan Shaklee yang mengakui, bisnes Shaklee ni memang tersangatlah senang. Almaklum semua dihujung jari je...Apalagi kalau bukan internet...Zaman sekarang ni ramai orang terlalu sibuk nak window shopping survey barang apa yang berkenan.Surf je internet, taip je apa yang kita nak cari...nah...berderet list yang boleh diklik untuk info...

Macam tu juga lah bisnes Shaklee. Majoriti pengedar lebih selesa berjualan secara online. Lagi pula dengan online pun boleh buat iklan lagi...Macamana nak mulakan langkah pertama????

1) Senang je...Memula hubungi pengedar yang anda ingin daftar sebagai ahli di bawah tajaannya. kene pilih yang betul tau, sebab bila anda gunakan nama pengedar tersebut untuk menjadi penaja anda, bermakna beliau perlu bertanggungjawab mendidik anda cara-cara yang berkaitan. (jangan silap pilih, nanti anda terkontang-kanting takde orang guide.

2) Bayar yuran keahlian sebanyak RM65 (seumur hidup) dan dapatkan kit bisnes dari HQ. Kalau rasa-rasa malas or jauh nak ambil, takde masalah....Anda hanya perlu tambah kos pos RM10 supaya pihak Shaklee boleh pos terus ke rumah anda...

3) Last sekali kalau tak tahu juga nak buat camana, serahkan je pada saya...Saya boleh daftarkan untuk anda...

Ok...sekarang anda dah jadi pengedar Shaklee yang sah...apa lagi yang perlu dibuat??? Jangan risau...kami akan masukkan anda ke dalam grup khas kami dimana pelbagai ilmu tentang Shaklee, bisnes, marketing plan boleh dipelajari. begitu juga dengan tips-tips dari para Master yang telah berjaya....Kiranya Grup Ekslusif gitu...

Saya sendiri rasa begitu bertuah dilorongkan Allah untuk mengenali suplemen Shaklee dan menceburi perniagaan berasaskan suplemen Shaklee. Bukan setakat kesihatan yang lebih baik, malah pelbagai ilm saya berpeluang untuk pelajari, berkenalan dengan orang-orang hebat, membina keyakinan diri dan mengasah bakat berniaga.

Sebenarnya banyak lagi kalau nak listkan. Semuanya yang best-best. kalau nak cuba, jom kita....



Tuesday, March 5, 2013

Cegah Osteoporosis Dengan Ostematrix

Assalamualaikum...

Semua orang tahu apa osteoporosis iaitu penyakit yang menyebabkan tulang menjadi lemah, rapuh dan mudah patah. Kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita yang telah menopause.

Cuba perhatikan kalau anda atau ibu bapa anda ada tanda-tanda ni :
1. Sakit belakang
2. Hilang ketinggian
3. Sakit di bahagian tulang punggung
4. Tulang belakang mengecut --> akibatnya jadi BONGKOK
5. Keretakan tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang punggung
6. Bongkok (Spinal Curvature)
7. Hilang tulang di rahang

Tanda-tanda kat atas tu mmg obvious pada kebanyakan warga emas. Tapi jangan tak tahu, orang muda pun boleh kene juga ye. Osteoporosis ni bukan penyakit disebabkan umur dah meningkat. Ada je warga emas yang masih kuat bertenaga, siap boleh jogging tiap2 pagi. Kenapa???? Sebab dia amalkan gaya hidup sihat. Jom kita tengok apakah punca-punca terjadinya osteoporosis :

1. Punca utama ialah kekurangan pengambilan kalsium
2. Masalah penyerapan kalsium tidak berlaku, di mana kalsium dah diambil tapi badan pulak tak mampu nak serap.
3. Kurang bersenam / tidak aktif
4. Tidak boleh minum susu - lactose intolerance
5. Keturunan sejarah keluarga yang ada osteoporosis
6. Pengambilan kopi, teh, minuman bergas yang berlebihan, ubat-ubatan tertentu akan mengganggu / menghalang penyerapan kalsium
7. Perokok
8. Kekurangan vitamin C yang bertindak sebagai pelekat kalsium pada tulang (kolagen)
9. Kurang terdedah kepada cahaya matahari - kurang bekalan Vitamin D yang diperlukan untuk membantu penyerapan kalsium
10. Stress akan mengurangkan penyerapan kalsium malah meningkatkan pulak pembuangannya
11. Kekurangan pengambilan protein dan karbohidrat -protein penting dalam pembinaan sel tulang, otot, cartilage

Daripada maklumat di atas, bagaimana nak kaitkan dengan Ostematrix?

Kalsium yang paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D, Zinc, Kuprum, Mangan dan Boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan. Dan berita baiknya Ostematrix ada kesemua nutrien yang dinyatakan.


1  caplet Ostematrix menyediakan :
~ Vitamin D - 100 IU
~ Kalsium - 200 mg
~ Magnesium - 100 mg
~ Zinc - 0.3 mg
~ Kuprum - 0.05 mg
~ Mangan - 0.05 mg
~ Boron - 0.75 mg

Untuk memenuhi keperluan kalsium harian, disyorkan untuk mengambil 4 caplet Ostematrix setiap hari. saya akan bercerita lanjut tentang Ostematrix pada post yang akan datang. Jangan ketinggalan...