Pada 16 Januari 2014, saya telah diminta untuk membuat presentation bagi tajuk Diabetis Mellitus untuk sesi Continuous Medical Education (CME) di tempat kerja. Memandangkan kami selalu berurusan dengan pesakit diabetis, maka tajuk ini saya anggap sangat membantu dalam memahami tugas kami dengan lebih baik. Banyak sangat info baru yang saya dapat sewaktu sesi pembentangan tersebut. Sebab setiap CME akan dihadiri oleh seorang doktor Kimia Patologi yang akan menerangkan dengan lebih lanjut. Ok...jom saya kongsikan....
Sedikit info yang membantu untuk kita memahami diabetis ialah insulin merupakan salah satu hormon yang membantu merendahkan kadar gula dalam darah. Insulin dihasilkan oleh salah satu sel dalam pankreas. Insulin diperlukan olleh glukos sebagai medium pengangkutan untuk masuk ke dalam sel yang memerlukan glukos untuk menjalankan aktivitinya.
Pengenalan - sekumpulan penyakit metabolik dimana seseorang mempunyai tahap gula yang sangat tinggi dalam darah.
Jenis-jenis :
1) Type I - apabila pankreas seseorang tidak boleh menghasilkan insulin. Ini disebabkan oleh kerosakan sel pankreas yang bertanggungjawab membuat insulin tersebut. Biasanya berlaku dikalangan kanak-kanak, remaja, dan belia yang berumur kurang 30 tahun.
2) Type II - apabila sel badan seseorang tidak bertindakbalas terhadap insulin. Pankreas boleh menghasilkan insulin, tetapi sel badan pula tak memberikan respon kepada insulin tersebut. Ini disebabkan oleh sel badan tadi mengalami kepincangan pada reseptornya. Biasanya berlaku pada dewasa berumur 30 tahun ke atas. Untuk memastikan reseptor tersebut sentiasa aktif, kita digalakkan selalu bersenam.
3) GDM - Gestational Diabetis Mellitus. Seorang wanita mengandung yang mengalami peningkatan gula dalam darah walhal sebelum ini, beliau tidak pernah mengalaminya. Ini disebabkan semasa mengandung, berlaku kecelaruan hormon yang mempengaruhi kadar glukos tersebut. Keadaan ini biasanya akan beransur pulih sebaik bayi dilahirkan.
Simptom :
1) Kerap kencing
2) Cepat dahaga
3) Berat badan turun mendadak
4) Cepat lapar
5) Loya
6) Muntah
7) Keletihan
Apabila gula dalam darah tidak digunakan untuk tujuan sepatutnya, maka ia akan disingkirkan melalui air kencing. Sebab itu biasanya air kencing penghidap diabetis akan dikerumuni semut. Kadar gula yang terlalu tinggi dalam air kencing akan menyebabkan penghidapnya akan terasa selalu nak buang air kecil. Bila ini berlaku, maka tubuh akan terhidrat. Inilah penyebab bermulanya rasa cepat dahaga.
Insulin juga bertanggungjawab menyokong penyimpana lemak dan protein. Bila ini tidak berlaku, terjadilah penurunan berat badan. Walaupun dah makan tetapi pesakit akan cepat rasa lapar, kerana apa yang dimakan sebelumnya tidak disimpan. Ini juga boleh mengakibatkan berlakunya ketosis, aiatu ketone dalam darah menyebabkan pH darah menjadi asidik seterusnya menjelaskan simptom pesakit yang mengalkami loya dan muntah.
Komplikasi Akut :
Peningkatan gula dalam darah (hypergycemia) menyebabkan peningkatan kadar osmolality darah. Dalam kes2 yang teruk boleh menyebabkan koma.
Pengambilan ubat yang berlebihan bagi mengawal diabetis pula boleh mengakibatkan gula dalam darah menurun ke tahap yang terlalu rendah hingga menyebabkan pesakit menggigil, berpeluh dengan banyak, pitam dan lemah. Sekiranya berdepan dengan situasi cemas seperti ini tanpa kehadiran doktor atau jururawat, apa yang boleh dilakukan ialah segera berikan pesakit sesuatu yang manis seperti gula-gula atau air milo. Ini sebagai langkah awal untuk menaikkan kembali gula dalam darah kepada kadar yang selamat.
Komplikasi Kronik :
Kadar gula yang terlampau tinggi dalam darah mengakibatkan kerosakan pada salur darah pada :
1) Mata - risiko pandangan kabur dan buta.
2) Buah pinggang - risiko kegagalan buah pinggang.
3) Jantung - risiko serangan jantung atau strok.
4) Sistem saraf - kebas, semut-semut, hilang deria rasa sakit.
5) Kaki - gangrene.
Adalah penting untuk kita mengawal kadar gula dalam darah memandangkan risiko yang bakal dihadapi boleh melibatkan nyawa. Diharap perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda yang membaca. Untuk post berikutnya saya akan kongsikan vitamin Shaklee yang sesuai untuk pesakit diabetis ini.

No comments:
Post a Comment